PETALING JAYA: Penyerang muda sensasi Luqman Hakim Shamsudin percaya persefahaman yang baik antara pemain dan jurulatih dalam skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, mampu menghadirkan pingat emas pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam.
Beliau berkata persefahaman baik yang dibentuk dalam skuad kendalian Brad Maloney itu semasa beberapa aksi persahabatan sebelum ini, memberikan mereka kelebihan apabila berdepan lawan pada temasya dwitahunan itu nanti.
"Harapan saya untuk pasukan ini sudah tentu nak pingat emas, bukan perak atau gangsa...sasaran emas sahaja. Pasukan sudah membuat persiapan terbaik, kita sudah bermain aksi persahabatan dengan Timor Leste dan Filipina.
"Perlawanan persahabatan ini telah membentuk persefahaman yang baik dalam pasukan," katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi latihan terakhir skuad negara di Kompleks Sukan PKNS di sini, hari ini.
Skuad bimbingan Maloney itu dijangka berlepas ke Hanoi esok (4 Mei) bagi menghadapi saingan Sukan SEA.
Luqman Hakim berkata walaupun bakal berdepan cabaran sengit dalam Kumpulan B, sudah pasti beliau dan rakan sepasukan akan menampilkan prestasi terbaik dengan memberikan fokus seratus peratus dalam setiap perlawanan.
Sementara itu, Maloney berkata walaupun perlawanan yang menanti dilihat sengit, namun jika beliau mampu memperkukuhkan lagi pasukan dalam tempoh beberapa hari ini, beliau percaya pasukan kendaliannya akan lebih mantap di Hanoi.
Beliau berkata sesetengah pemain jelas mempunyai kualiti kepimpinan yang boleh menjadi tonggak dalam membantu Malaysia meraih pingat emas.
"Saya rasa kita mempunyai pemain yang mampu mencorakkan permainan seperti Mukhairi Ajmal Mahadi, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Azri Ab Ghani, Ahmad Zikri Mohd Khalili dan Muhammad Azrin Afiq Rusmini. Saya percaya kesemua pemain ini mempunyai kualiti dan pengalaman.
"Bagi Hadi Fayyadh (Abdul Razak) dan Luqman Hakim pula, saya sangat lega mereka dapat kembali menyertai pasukan. Prestasi mereka pada tahap terbaik walaupun baru tiba dari luar negara," katanya.
Luqman Hakim beraksi untuk KV Kortrijk di Divisyen Satu Liga Belgium, manakala Hadi Fayyadh bermain untuk kelab Azul Claro Numazu di Liga J3 Jepun.
Diundi dalam Kumpulan B, Malaysia akan berdepan dengan Thailand pada 7 Mei, dikuti Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) di Stadium Thien Truong di Nam Dinh. Hanya dua pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan akan mara ke separuh akhir.
Kali terakhir Malaysia meraih 'ibu segala pingat' dalam temasya dwitahunan itu pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia di bawah bimbingan ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 03 2022
Luqman Hakim berkata, persefahaman baik yang dibentuk semasa beberapa aksi persahabatan sebelum ini, memberikan mereka kelebihan apabila berdepan lawan pada temasya dwitahunan itu nanti. - Gambar/ Bernama
Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis
STM Lottery dan empat individu mahu mahkamah batalkan keputusan kerajaan negeri yang menafikan pembaharuan lesen premis perniagaan mereka.
Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024
Shah Firdaus baru dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara mengenai tendon di sebelah bahu kirinya koyak kesan daripada kemalangan.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan.
LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis
Gangguan berkenaan mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 bermula hari ini
Ikuti secara langsung di TV1, TV Al-Hijrah, web TV, media sosial Jakim mulai 9 pagi hingga 4.30 petang bagi hafazan, jam 9 malam tilawah.
Nikkei Forum: Merungkai masa hadapan Asia
Bagaimana perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) akan melihat kepada halu tuju kepimpinan negara Asia dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia?
Kupasan lanjut bersama Prof Madya di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Khoo Ying Hooi.
Kupasan lanjut bersama Prof Madya di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Khoo Ying Hooi.
AWANI Ringkas: PM akan hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anak MB Perlis tiba di mahkamah
Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira jam 8.05 pagi sebelum bergerak ke Mahkamah Sesyen pada jam 8.45 pagi.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin tiba di mahkamah
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad dipercayai akan menghadapi tuduhan kes rasuah.
Banjir kilat: 209 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan ke PPS di Perak Tengah
Kesemua mereka dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit yang dibuka jam 9 malam.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.